Thursday 14 November 2013

Cream Cracker Layered Cake with Cream Cheese

Cream Cracker Layered Cake with Cream Cheese






Bahan-Bahan
250gm Cream Cheese
75gm Butter
Setengah cawan gula
1 pek Cream Cracker (anggaran dalam 40 keping)
2 cawan susu – untuk rendaman biskut
Setengah cawan Nestum
Sedikit serbuk koko atau Milo
Susu Pekat atau Sos Karamel
Cara Membuatnya
Masukkan cream cheese, butter dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati.
Rendam biskut (jangan sampai lembik) dan susun di dalam loyang/bekas.
Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata. Jangan terlalu tebal.
Kemudian tuangkan susu pekat atau sos karamel…dilayangkan agar nipis untuk melekatkan serbuk nestum dan milo.
Kemudian taburkan serbuk nestum atau milo atau kedua-duanya. (saya cuma tabur serbuk milo di lapisan atas sekali.)
Ulang langkah tersebut sehingga selesai.
Masukkan ke dalam peti sejuk.
Hidang ketika sejuk.
Tips : Setelah banyak kali membuat kek ni – saya dapati amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel di setiap lapisan dan ditabur dengan serbuk nestum.

No comments:

Post a Comment